Dasar Privasi
Kemas Kini Terakhir: 05 May 2026
1. Pengenalan
KRS Musleh komited untuk melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan pemendek URL GO KRS Musleh.
2. Maklumat Yang Dikumpul
Kami mengumpul maklumat minimum yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami:
- Maklumat Akaun: Nama penuh, alamat e-mel, dan nama pengguna apabila anda mendaftar.
- Data Pautan: URL asal yang anda masukkan dan slug kustom yang anda cipta.
- Statistik Penggunaan: Kami merekodkan jumlah klik pada pautan anda untuk tujuan analitik.
3. Penggunaan Maklumat
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk:
- Menyediakan, mengendalikan, dan menyelenggara perkhidmatan pemendek URL.
- Memberi anda akses kepada statistik klik pautan anda.
- Menghantar notifikasi penting berkaitan akaun atau pendaftaran anda.
4. Perlindungan Data
Kami melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, kehilangan, atau pemusnahan. Ini termasuk penggunaan penyulitan (encryption) untuk katalaluan anda.
5. Hak Anda
Anda mempunyai hak untuk mengakses maklumat akaun anda, mengemaskini maklumat tersebut, atau meminta pemadaman akaun anda dengan menghubungi pihak pentadbir kami.
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi Pegawai Data KRS Musleh di:
cikguanam.wasap.my